Tuesday, April 01, 2014

KL - Incheon - Jeju Day 1 ~ Part 1

Tuan tanah cuba ye. Tapi tak berapa pandai macam bloggers hebat hebat yang lain tau. Kalau ada yang macam kurang info, boleh je tinggalkan comment ataupun email. Kotla tuan tanah boleh bantu. **budget dah jadi korean*** hihi


5 March 2014 bertolak dari KLIA dalam jam 11.30pm & disapa dengan cuaca -1c lebih kurang jam 6.50am (waktu Korea) pada 6 March 2014 di Incheon International Airport. Betul cakap kawan, jacket jangan bubuh dalam luggage. Nanti sementara nak tunggu luggage keluar tu dah kesejukan. Fuhhh first time tuan tanah & Mimi merasa cuaca sesejuk ini. Masa imigiresen checking tu kan kena amik gambar & imbas dua jari telunjuk kan, tuan tanah bagi senyuman paling manis sekali disaat ahjussi tu nak amik gambar. hehehe. Tu dia punya excited dah jejak South Korea. Lepas  tu baru boleh ambil luggage. Terkial kial  jugak la nak pakai kasut. Maklumla dari KLIA pakai selipar jepun ja.

Semua blog yang tuan tanah baca benda yang wajib kita beli ialah susu pisang kad T-Money kan? Jumpala convenient shop kat dalam airport tu dan percubaan pertama berkomunikasi pun bermula. Disini tuan tanah boleh simpulkan, baik Vietnam atau Korea. Tak perlu beriya iya nak guna english dengan grammar ke susunan ayat yang betul. Janji message itu sampai, cukup bersyukur. Jadi bila tuan tanah mintak T Money kat cashier tu sambil buat isyarat 2 jari menandakan tuan tanah nak 2 keping. Ok, dia faham. Arahan kedua, "top up each card with krw30,000 please" Sumpah tak terfikir yang cashier tu akan bagi 2 lolipop sambil berkata "this free". Masa tu terus jadi kalut. Mengapakah? Bagaimanakah? Masa nilah menggunakan bahasa belasah apa saja janji message itu sampai. Bila difikirkan memang lawak.


Tuan tanah decide untuk ke Pulau Jeju dihari pertama sampai ke South Korea since tak perlu patah balik dari Seoul ke airport banyak kali. Dari Incheon kami naik subway ke Gimpo International Airport menggunakan Airport Railroad. Perjalanan lebih kurang 35minit dengan harga krw3,550. Nasib baik dari Incheon Airport tu takla ramai orang naik subway so takde masalahla dengan seret luggage yang gedabak tu. Oh ya, kami dah beli ticket ke Jeju siap siap menggunakan Air Busan dengan harga lebih kurang RM260 return ticket untuk setiap seorang. Easy breezy. Takda masalah upon booking. Very user friendly. Paling penting harus ambil gap panjang sikit sekurangnya 4-5 jam. Manala tau flight delay ke, sesat jalan ke macam kami yang first timer ni. 

Oleh kerana Air Busan hanya beri 15kg bag allowance, kami kena tinggalkan luggage kami kat Bag Storage service yang ada di Gimpo Airport. Terletak di tingkat 1 bahagian domestic terminal. Tapi harus take note tempat ni bukan 24 jam. Mereka buka dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 malam. Harga ikut size beg dan berapa lama. Agak mahal juga. Nanti baru cerita harga ye. hehehe 

Air Busan ada sediakan kiosk untuk self check in tapi sedih sikit guna bahasa korea je. So adala officer sana yang bantu tolong check in kan kami. Paling pelik tiket kami jam 11am tau. Boarding jam 10.55am ye. Tapayah nak kena ada 2 jam sebelum la, 45minit sebelum la. Takde hal. Mungkin cekap kot staff dorang, tak perlu consume masa lama lama untuk boardingkan passengers. So merasala kami Lotteria. haha JATUH CINTA! Shrimp burger itu sangatlah sedap. Taktau pasaipa sedap sangat. krw5,300 dapat beger, fries dan carbonated drink. sila jangan convert. haha. 



Flight dia lebih kurang macam Air Asia kita. Cuma dia beri 15kg free bag allowance, dapat free refreshment & ada in flight game dengan flight attendants. Tapi of course dalam bahasa mereka lah. Masa tengah main game tu rasanya diorang main lucky draw kot sebab semua duk belek boarding pass masing masing. Tapi kami tapaham kan? Terpinga pinga je lah hehe. Satu lagi kelebihan Air Busan ni, seat belt dia panjang uols. Kalau AA, tuan tanah kena mintak extension sebab ketat sangat. Yang ni surprisingly muat. Hehe 

Lebih kurang jam 12 tengah hari sampai Jeju International Airport  terus disambut mesra oleh Mr Cheon, taxi tour yang kami dah booking. Sebenarnya kami booking orang lain, oleh kerana orang tu tak available jadi dia suggestla Mr Cheon ni. Alhamdulillah very friendly dan pemurah pulak tu.


Setelah masuk ke kereta, Mr Cheon tolong susunkan tempat tempat yang kami nak pergi mengikut giliran untuk menjimatkan masa yang ada maklumla dah mula tour dari tengah hari. Jadi lokasi kami yang pertama ialah Hyeopjae Beach.

"Hyeopjae Beach (협재해수욕장) is located on the west side of Hanrim-eup, and is part of Hanrim Park. The beautiful white color of the sand comes from the large amounts of crushed seashells that have been mixed in with the sand. The long seashore stretches for 9 km and has cobalt colored seawater and evergreen forests scattered around the vicinity, making the scenery very beautiful. Just off the beach is Biyangdo Island. The white sandy beach is about 20 meters long, and the water is 1.2 meters deep with no sudden drops."


Suhu masa tu lebih kurang 8c bersama dengan tiupan angin yang agak kuat. Mula mula excited. Rasa seronok. Tapi bila dah mula kejung jari, bibir dah rasa macam pijar kena cili api, ini sudah tak kelakar. Masa tu barula terkial kial pakai glove. Tapi payahnya pakai glove, tak praktikal kalau pakai touch screen phone. Duk bukak banyak kali asal nak guna phone. 


First time tengok laut secantik ini. Indah sungguh. Dalam keadaan sejuk tu, Mr Cheon memang tak berhenti henti nak ambilkan gambar kami. Kami yang jadi segan. Yela uols, berapa gedik kita boleh posing kalau orang luar ambilkan gambar? Malu kot! hehe.


Lokasi kedua kami pergi ialah Glass Castle. Admission fee krw9,000 sorang

Jeju Glass Castle is a glass art theme park featuring an exhibition hall, garden and models all made entirely out of glass. There are six themed model parks, in which over two hundred and fifty models are exhibited.


Ha tu la Mr Cheon. Umur dah 65 tahun. Tetap steady! Dia akan ikut kami sampai ke dalam, dan akan ambilkan gambar kami dua orang 4-5 kali pastu dia akan tinggalkan kami untuk jalan jalan. Dah sudah nanti dia minta datang ke parking kereta semula. 


Dah nama pun Glass Castle, semuanya diperbuat dari kaca. Termasuklah cermin ni. Biasalah perempuan. Pantang nampak cermin. Nak betulkan tudunglah, tengok gigi lah, belek muka lah dan paling penting selfie depan cermin macam ni. Over? Memang kami syok sendiri je dalam trip ni. hehehe.



Basically semua yang diperbuat kat sini nampak real. Tak sangka diperbuat dari kaca. Bila tengok dari jarak dekat baru confirm buatan kaca.


Even see through bridge ni. Kukuh untuk kenderaan berat macam tuan tanah dan mimi. hihi. 




Kalau percaya dah kira syirik. Tapi sajala suka suka baling syiling. Siap baling syiling Malaysia lagi. Tuan tanah dapat masukkan syiling dalam mangkuk paling kiri iaitu Love. Kotla tahun ni jumpa jodoh. Amin!! Mimi punya syiling terpelanting dalam kolam. Jadi kami buat lawak kata dia akan suwey sepanjang tahun. Jangan percaya pulak tau. 


Seterusnya kami singgah ke Osulloc. Ladang teh yang besar dan mempunyai muzium teh diseberang jalan ladang ini. Kami tak masuk pun muzium dia. Singgah ambil gambar dan petik petik sikit daun teh. Pernahlah tengok dalam Family Outing dulu. Daun teh yang muda adalah daun teh yang terbaik untuk buat teh. 

The “o” in “o’sulloc”, means to appreciate and enjoy, and it also stands for the origin of sulloc, only sulloc, and of sulloc tea. 


Masa ni memang teringat Family Outing takpun Running Man. Diorangkan pernah datang ladang teh untuk shooting. Masa ni, takda pulak pekerja tengah petik daun teh. So ambil gambar sekeping dua lepas tu terus naik taxi balik.


Jangan tak tahu, nampak je semua gambar ni kami tersenyum riang. Tapi yang benar, asal masuk dalam taxi je kami berdua tidur. Even kalau perjalanan tu ambil masa 15 minit. Kami tetap tidur. Kepenatan mungkin. Dalam flight tak tidur langsung semalam. Mungkin excited lebih sampai tak tidur.


Oklah, cukuplah. Rasa macam dah panjang sangat entry ni. Nanti tuan tanah sambung lagi ye. Tata!


11 comments:

  1. First time jejak South Korea; dah terbang ke Jeju. Super jeles. Nak kena menerbangkan diri gi Jeju juga ni. Xlarat asyiklah duk baca blog orang ke sana je.

    Diorang suka bagi benda free, lagi senyum lebar kat cashier...lagilah banyak 'service' diorang bagi. Suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Bibie, rasa bangga kejap naz hehehe. tu la mula2 tanak pergi Jeju tapi bila fikir kot dah takde rezeki lagi pergi kan. Alang alang tu sekali jalan lah :)

      Delete
  2. Naz, detail betul citer nya..tak lama lagi ramai lah pengikut tu like blogger femes yg lain..
    Baiknya Mr Cheon tu..berapa kos booking tour guide tu..JM pun ak pernah jejak kaki ke Jeju lagi..wahh..ni yg bertambah jelezz ni..sambung2 makin menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. detail sgt ke JM? Naz rasa pun mcm panjar lebar sangat. Tapi tu la, tak biasa lagi buat entry pasal jalan2 ni. hehehe mohon tunjuk ajar =)

      Delete
  3. Hi, terima kasih atas perkongsian ke Korea. :) bagaimana untuk hubungi tourist guide cik ni ye? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Sekarang sy kat seoul. Kad taxi driver ni kat rumah pulak. Nnt sy email kan by next week ye

      Delete
    2. Saya nak jugak boleh no taxi drver tuh. Email saya : miss_sunichi7@yahoo.com

      Thank you in advance! :)

      Delete
    3. Sy nak jugak taxi driver ni. joeayu1986@gmail.com. TQ in advance..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. saya jg boleh tau nomor untuk taxi driver ini? dan biayanya berapa serta itinerarynya? tolong dikirim ke greenisyah@gmail.com
    Thank you

    ReplyDelete
  6. Boleh bg no taxi driver ni atau emel beliau
    norhayatisd74@gmail.com

    ReplyDelete